Pada 05 April 2011 sehingga 07 April 2011, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Kursus Ulangkaji Modul Submodul HRMIS untuk Pasukan Teras HRMIS yang telah di hadiri seramai 30 orang Pegawai Pengurusan dan Sokongan dari Institusi Penjara Malaysia yang terpilih.
Kursus ini di adakan bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada Pasukan Teras HRMIS bagi Institusi yang terpilih. Ceramah dan Praktikal HRMIS SubModul HRMIS telah disampaikan oleh Pasukan HRMIS Jabatan Penjara Malaysia. Antara kandungan kursus yang telah dilaksanakan ialah Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Profil Perkhidmatan dan Data Perjawatan, Modul Pengurusan Prestasi dan SubModul Sasaran Kerja Tahunan, Modul Pengurusan Prestasi dan SubModul Laporan Nilaian Prestasi serta Modul Penamatan Perkhidmatan dan SubModul Tuntutan.